KEBANYAKKAN lelaki tidak sedar bahawa ada perbuatan mereka dibenci oleh kaum wanita. Kebanyakkan lelaki selalu menyalahkan wanita apabila wanita kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap wanita yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran.

Namun, lelaki tidak sedar ada perbuatan mereka yang dibenci oleh kaum wanita. Justeru itu, apa kata lelaki meneliti beberapa perbuatan-perbuatan yang sering dilakukan tanpa kesedaran mereka.

1. Panas baran

Pantang silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher kekasih bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa.

Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan wanita benci dan fobia. Bagi sesetengah wanita yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan.

2. Mengongkong

Segala gerak-geri kekasih dikawal. Hendak keluar berhibur dengan teman-teman pun tidak boleh. Sampaikan dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala yang diinginkan mereka. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka. Mulalah dituduh psiko dan queen control.

3. Ego

Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri tidak menelefon kekasih semata-mata ingin dipujuk. Ada sesetengah lelaki pula, kerana terlalu ego sanggup menunggu wanita mengajak keluar dahulu daripada mereka sendiri mengajaknya. Tidak salah mempamerkan ego, tetapi biarlah kena pada tempatnya.

4. Suka “cuci mata”

Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata keranjang). Walaupun sudah dikurniakan teman wanita yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Pandang sekali sudahlah. Ini tidak. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki mata keranjang ini memandang wanita lain.

5. Main kayu tiga

Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai ‘teman tapi mesra’. Ada juga yang sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai kekasih.

6. Tidak sensitif perasaan wanita

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada kekasihnya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat.

Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Cukuplah sekadar teman lelaki menjaga hati mereka dahulu sebelum menjaga hati orang lain, lebih-lebih lagi jika wanita itu bakal menjadi isterinya kelak.

7. Pentingkan kawan-kawan

Sanggup membatalkan temu janji semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal. Kalau ada apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan kekasih. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.

8. Tidak tahu menghargai

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Seboleh-bolehnya, lelaki mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai teman wanita terhadap apa yang cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

9. Meninggikan suara

Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tetapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.


10. Penipu

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Ada lelaki sanggup mungkir janji dan memberi pelbagai alasan seperti mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan, padahal sebenarnya mereka enggan mengotakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan akan membuatkan wanita menjauhi anda.
……. Written by lizayasir



Apa yang membuatkan kaum Adam berusaha mendekati kaum Hawa?

Wajah yang rupawan dan senyuman yang manis adalah tarikkan yang ulung bagi setiap wanita. Walau bagaimana pun keperibadian yang luhur yang menarik seorang lelaki ingin menjadikan seorang wanita itu sebagai teman setianya.


Kaum Hawa yang bersopan santun amat disukai kaum Adam. Wanita sedemikian bukan sahaja pandai menjaga maruah diri tetapi juga pasti seorang yang tahu menghargai pasangannya dan mereka disekelilingnya.


Memang tidak dapat dinafikan penampilan diri juga sangat penting bagi seorang lelaki. Namun, kaum Adam tidak suka perempuan yang ‘over' iaitu berpakaian terlalu seksi dan dandanan yang berlebihan. Kaum Hawa yang menampilkan kecantikkan dan gaya yang sederhana sehingga menyerlah keanggunan diri adalah idaman setiap jejaka.


Sifat seorang perempuan yang pandai membawa diri, berdikari, berwawasan dan penyayang adalah di antara ciri-ciri gadis yang diminati si teruna. Lelaki juga gemar pada wanita yang pandai memasak, mengemas rumah dan pandai berjimat cermat. Akan tetapi wanita yang kuat merajuk, cemburu buta, hipokrit, sombong lagi bongkak, suka berbohong, asyik mengungkit, panas baran dan selekeh pasti wanita yang terakhir ingin disunting seorang lelaki.


Renungilah Hadis- Hadis berikut:

"Dikahwini perempuan itu kerana empat macam, kerana hartanya, kerana baik kelakuannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya, maka ambillah perempuan yang taat kepada agama nanti engkau akan beruntung."
- (Dari Abu Hurairah r.a.: Riwayat Bukhari dan Muslim)



"Janganlah kamu nikahi perempuan itu kerana kecantikkannya, sebab barangkali kecantikkannya dapat merosakkannya, dan jangan pula kerana hartanya, sebab barangkali hartanya dapat menjadikan durhaka, dan nikahilah perempuan itu kerana agamanya, dan sesungguhnya hamba sahaya yang hitam, dan rosak telinganya, tetapi yang beragama lebih baik."
- (Dari Abdullah Ibnu Amar r.a.: Riwayat Ibnu Majah dan Al Bazzar)

first day kawan bawa p kuala ganu, p pantai batu burok, disana tkenal ngan layang2 ja sbb angin kuat, slain 2 ble main bola tampar pantai dgn tunggang kuda, di kawasan yg kami p xble mandi sbb ombak tlalu kuat, ngeri juga lah sy tgk...kami lepak pun lbh kurang 100 meter dr pantai, tp ada juga tmpt yg ble mandi, di area kuala ibai, x jauh dr tmpt yg kami p....
then kawan bawa g lokasi penggambaran puteri gunung ledang, iaitu di Muzium Negeri, bg sy x da apa2 yg menarik, coz yg paling bnyk ditunjukkan cuma sultan, replika batu bersurat...tp apapun happy gak lah jalan2 disana, bli souvenir sikit utk family di sabah.
lepas g Muzium Negeri, kitaorang g taman tamadun slam pula, tgk lah penampilan sy mcmana, simple jak, mcm org kampung..hihihi, taman tamadun islam ni dekat ja ngan muzium negeri, di sini sy dapat tgk keindahan seni bina islam, selain itu, ada juga sy tgk replika masjid2 terkenal dunia, subhanallah, mmg cantik, x setanding dengan senibina moden.
hari berikutnya kawan ajak p Bikon Bukit Puteri, kami masuk free ja sbb ada org dalam...tp tgk keadaan sana mcm xda orang jak, kawan cakap Bikon bukit puteri 2 mau ditutup sbb tanah yg x stabil, apa x nya dh lah atas bukit, then bukit 2 pula sekangkang kera jak, bnyk g meriam n benda yg berat tersimpan disana.
kami g pasar malam d kuala ibai, mmg gempak lah, dari hujung ke hujung menjual bnyak barang..mmg rambang mata lah tp nasib baik bawak duit sikit jak....sblm balik rumah kawan, kami singgah di masjid terapung kuala ibai, area ni bersambung ngan pantai batu burok, tp area ni selamat lau mau mandi sbb kawasan yg terlindung dari ombak besar...
 
percutian yang paling best sebab sepanjang seminggu cuti, sy cuma guna RM300 ja termasuk membeli belah n tambang p sana....kalau orang lain maybe abis dekat RM1000 utk 3hari..hehehe