Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.
Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.
Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.
Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.
Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.
Jangan  sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.
Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.
Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.
Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...
Namun..
Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...

- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis

Mohd Rusdi Ramlee merupakan graduan UiTM Alor Gajah, Melaka. Kini bertugas di Kastam Diraja Malaysia. Beliau menulis di http://adminskss.blogspot.com/.
selamat menyambut tahun baru 2012 masihi...
tahun baru kali ini paling bermakna sbb ni kali pertama kami raihkan dengan member di kuala perlis.... walaupun kami sampai matahari dah xda, tapi dengan bantuan flash kamera, dapat juga bergambar dalam keadaan terang walaupun time tue hari dah gelap....hehehe pemandangan kat tepi laut paling best..
 pemandangan indah di tepi laut yang tenang, setenang hati seorang pelajar yang akan mengambil exam pada keesokan harinya..hehehe

yang ni pula bekas modelling ntah apa2 ntah..hehehe time ni kitaorang nak cari tempat nak makan...fuh best dapat makan seafood tepi laut..this is my first time dapat rasa cenggini....nasib baik sblm rancang p sana 2 mabuk nescafe, then p bli nasik kat cafe, jumpa lah member..dapat juga akhirnya p wlupun keesokan harinya adalah exam..
yang ni jumpa ex-schoolmate, dia tua 4 tahun dr sy..dan ni juga first time dia jumpa ngan orang kampung setelah sekian lama berhijrah ke tanah besar semenanjung..time 2 cerita kami tak putus2, lau nak diikutkan, sampai esok pun x abis tapi dia kna balik kem awal...biasalah tentera kan penuh dengan disiplin..

antara makanan yang terbest disinun time tue ialah ikan bakar, tom yam, n sotong goreng tepung.....sedap siot sampai menjilat jari jemari..hehehehe pas makan2, kitaorg nak g dataran..tp ntah brapa kerat orang jak kat dataran..smua kumpul kat kuala perlis, so kitaorang pun patah balik kat kuala perlis utk tengok pertunjukkan bunga api. fuh yg xboleh blah..orang tue letupkan depan kitaorang, bunga api tue betul kat atas kepala kitaorang...sakit kpala dengar bunga api tue....huh. tapi apapun harap tahun 2012 berikan cahaya kegembiraan serta sinar harapan baru untuk memperbaiki kehidupan masa lalu...dan semoga tahun ni sy dapat abiskan pengajian sy dengan segenggam ijazah..insyaAllah.