Adakah anda sedar anda bermulut celupar? Pernahkah anda berusaha untuk berubah tetapi tidak berjaya? Artikel ini membincangkan teknik mengubati penyakit mulut celupar daripada Al-Quran, khusus untuk mereka yang berniat untuk berubah, Insya Allah.
Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan. Petua ini berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

Pertama, nabi menyuruh diam. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa nabi pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”

Kemudian, nabi menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita. Menurut sahabat Ibnu Umar, nabi pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati. 

Berhubung dengan zikir, menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah ’subhanallah wa bihamdihi’ dan ’subhanallah hil azim’.” Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca “subhanallah wabihamdihi” 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.

Ketiga, sahabat Huzaifah r.a. pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang keburukkan yang ada pada lisannya. Maka Rasulullah bersabda, “Bagaimanakah engkau dengan istighfarmu wahai Huzaifah? Sesungguhnya aku beristigfar kepada Allah s.w.t.seratus kali setiap hari.” Istighfar bermaksud memohon ampun. Ucapan istighfar yang dimaksudkan adalah sekurang-kurangnya dengan mengucapkan,
“Astaghfirullahazim” disertakan “perasaan menyesal” di dalam hati. Jika nabi yang maksum dan yang baik tutur kata beristighfar kepada Allah sebanyak itu, bagaimana pula agaknya jumlah kuantiti istighfar orang yang mempunyai penyakit lisan?

Wallahu’alam. Selamat mencuba.



asal : http://webblog.myjodoh.net/2007/07/16/formula-mengubati-mulut-celupar-dari-rasulullah/
bagaimana perasaan anda sekiranya orang yang kita harapkan untuk membahagiakan kita tiba-tiba berpaling tadah daripada kita? perasaan itu hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui, kita jangan pernah salahkan takdir kerana takdir yang ditentukan bukan untuk membinasakan diri kita, namun untuk menjaga dan memelihara diri kita supaya kita tidak berpaling dari Allah s.w.t, terkadang kebahagiaan yang kita miliki itu tidak akan berkekalan, kadangkala memerlukan setitis airmata kerana dugaan yang begitu besar untuk ditanggung, namun Allah tidak pernah menduga dan menguji hambanya dengan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh umat-Nya, kita hanya mampu bersabar dan biarkan segalanya berjalan dengan takdir, lupakan segala kenangan yang menyakitkan hati dan belajar memaafkan seseorang yang pernah menyakiti kita walau sangat pahit untuk ditelan, benar kata para tokoh agama, jangan pernah menyentuh hati seseorang jika tidak berniat menyuntingnya, hati wanita serapuh kaca, perasaan wanita mudah terasa, namun kita hanya perlu tawakkal dengan ketentuan Illahi kerana setiap kelakuan buruk pasti ada balasannya.
Serpihan hatiku belajar melupakan seorang yang melupakanku.
Aku belajar memaafkan semua yang menyakiti
aku belajar menjadi yang terbaik untuk orang yangku sayangi.
Tapi satu yang tak bisa aku pelajari iaitu aku harus bisa tersenyum di saat orang yang aku sayangi, menyayangi orang lain.
" Ya Allah, di KETIKA aku lakukan kesalahan kepada orang lain, anugerahkanlah KEKUATAN untuk meminta kemaafan, manakala di waktu orang melakukan kesalahan kepadaku, anugerahkanku KEKUATAN memberi kemaafan".
Kenapa asyik membuka mulut
berkata-kata kosong
tanpa manfaat sedikitpun,
bukankah diam itu lebih baik?
Kenapa sibuk mengatakan
keburukan orang lain
dengan tidak henti-henti mengumpat,
bukankah diam itu lebih baik?
Kenapa mulut tidak penat
mengeluarkan kata-kata kesat
meskipun kepada rakan-rakan,
bukankah diam itu lebih baik?
Kenapa masih tidak insaf
berkata-kata buruk
dengan mengutuk orang lain,
bukankah diam itu lebih baik?
Kenapa agaknya mulut itu
tidak boleh dikunci walaupun
untuk masa yang singkat,
bukankah diam itu lebih baik?

Mencintai seseorang tidak semestinya kita memiliki dirinya. Sayangilah diri kita daripada disakiti olehnya kerana ia tak semestinya dapat membahagiakan kita.

Cintailah diri sendiri terlebih dahulu. Kerana orang yang tidak menyayangi dirinya amat sukar untuk membahagiakan orang lain. Jangan permainkan perasaan orang dengan sesuatu yang mengecewakan jika tidak suka perasaan kita pula di permainkan orang lain.

Kejarlah cita-cita. Apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir. Janganlah menangis jika gagal bercinta kerana lambat-laun manusia pasti akan meninggalkan segala apa yang dicintai. Kasih sayang adalah cahaya yang menyirami kehidupan. Hidup menjadi suram jika orang yang kita sayangi tidak turut sama menikmatinya. Cinta itu adalah api, namun kita tidak akan pernah tahu sama ada api itu akan menghangatkan atau menghanguskan kita.

Kasih sayang bukan mengajar kita lemah, tetapi memberikan kekuatan; bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan; bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

Jangan kerana menurutkan perasaan, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerananya prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan.