……. Written by lizayasir



Apa yang membuatkan kaum Adam berusaha mendekati kaum Hawa?

Wajah yang rupawan dan senyuman yang manis adalah tarikkan yang ulung bagi setiap wanita. Walau bagaimana pun keperibadian yang luhur yang menarik seorang lelaki ingin menjadikan seorang wanita itu sebagai teman setianya.


Kaum Hawa yang bersopan santun amat disukai kaum Adam. Wanita sedemikian bukan sahaja pandai menjaga maruah diri tetapi juga pasti seorang yang tahu menghargai pasangannya dan mereka disekelilingnya.


Memang tidak dapat dinafikan penampilan diri juga sangat penting bagi seorang lelaki. Namun, kaum Adam tidak suka perempuan yang ‘over' iaitu berpakaian terlalu seksi dan dandanan yang berlebihan. Kaum Hawa yang menampilkan kecantikkan dan gaya yang sederhana sehingga menyerlah keanggunan diri adalah idaman setiap jejaka.


Sifat seorang perempuan yang pandai membawa diri, berdikari, berwawasan dan penyayang adalah di antara ciri-ciri gadis yang diminati si teruna. Lelaki juga gemar pada wanita yang pandai memasak, mengemas rumah dan pandai berjimat cermat. Akan tetapi wanita yang kuat merajuk, cemburu buta, hipokrit, sombong lagi bongkak, suka berbohong, asyik mengungkit, panas baran dan selekeh pasti wanita yang terakhir ingin disunting seorang lelaki.


Renungilah Hadis- Hadis berikut:

"Dikahwini perempuan itu kerana empat macam, kerana hartanya, kerana baik kelakuannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya, maka ambillah perempuan yang taat kepada agama nanti engkau akan beruntung."
- (Dari Abu Hurairah r.a.: Riwayat Bukhari dan Muslim)



"Janganlah kamu nikahi perempuan itu kerana kecantikkannya, sebab barangkali kecantikkannya dapat merosakkannya, dan jangan pula kerana hartanya, sebab barangkali hartanya dapat menjadikan durhaka, dan nikahilah perempuan itu kerana agamanya, dan sesungguhnya hamba sahaya yang hitam, dan rosak telinganya, tetapi yang beragama lebih baik."
- (Dari Abdullah Ibnu Amar r.a.: Riwayat Ibnu Majah dan Al Bazzar)

0 comments: