Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...
Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...
Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...
Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...
Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...
Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.


sumber : http://www.tentangcinta.com/artikel-cinta/tips-doa-untuk-kekasih/
hai all, lama dah tak post kat blog ni, sy nak crita sal latihan time sukan MASUM dulu....time latihan memang letih tapi latihan tak lasak sangat, lebih banyak rehat daripada latihan... perangai kitaorang memang gila2 kowt..hehehe gambar2 kitaorang sepanjang masum..memang terbaek.. hehehe





memang perangai atlet UUM jak yang paling gila2 time 2,,,saja nak hilangkan perasaan gemuruh tunggu saat2 perlawanan....bawah ni pula gambar sekitar perlawanan






best kan???hehehe yang ni pula time penyampaian hadiah kemenangan buat para atlet yang bertanding







akhirnya atlet UUM meraih kemenangan 4 perak, 3 gangsa, dimana 2 perak disumbangkan dalam kategori kata team lelaki dan kata team wanita, manakala 2 perak lagi disumbangkan dalam kategori kumite individu -50 dan -55 wanita, pingat perak pula disumbangkan dalam kategori kumite lelaki dan kata individu wanita, dan karate do merupakan antara yang menyumbangkan banyak pingat kepada UUM.


akhir kata dari sy "MAJULAH KARATE DO UNTUK UUM"

KEBANYAKKAN lelaki tidak sedar bahawa ada perbuatan mereka dibenci oleh kaum wanita. Kebanyakkan lelaki selalu menyalahkan wanita apabila wanita kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap wanita yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran.

Namun, lelaki tidak sedar ada perbuatan mereka yang dibenci oleh kaum wanita. Justeru itu, apa kata lelaki meneliti beberapa perbuatan-perbuatan yang sering dilakukan tanpa kesedaran mereka.

1. Panas baran

Pantang silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher kekasih bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa.

Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan wanita benci dan fobia. Bagi sesetengah wanita yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan.

2. Mengongkong

Segala gerak-geri kekasih dikawal. Hendak keluar berhibur dengan teman-teman pun tidak boleh. Sampaikan dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala yang diinginkan mereka. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka. Mulalah dituduh psiko dan queen control.

3. Ego

Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri tidak menelefon kekasih semata-mata ingin dipujuk. Ada sesetengah lelaki pula, kerana terlalu ego sanggup menunggu wanita mengajak keluar dahulu daripada mereka sendiri mengajaknya. Tidak salah mempamerkan ego, tetapi biarlah kena pada tempatnya.

4. Suka “cuci mata”

Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata keranjang). Walaupun sudah dikurniakan teman wanita yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Pandang sekali sudahlah. Ini tidak. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki mata keranjang ini memandang wanita lain.

5. Main kayu tiga

Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai ‘teman tapi mesra’. Ada juga yang sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai kekasih.

6. Tidak sensitif perasaan wanita

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada kekasihnya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat.

Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Cukuplah sekadar teman lelaki menjaga hati mereka dahulu sebelum menjaga hati orang lain, lebih-lebih lagi jika wanita itu bakal menjadi isterinya kelak.

7. Pentingkan kawan-kawan

Sanggup membatalkan temu janji semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal. Kalau ada apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan kekasih. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.

8. Tidak tahu menghargai

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Seboleh-bolehnya, lelaki mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai teman wanita terhadap apa yang cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

9. Meninggikan suara

Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tetapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.


10. Penipu

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Ada lelaki sanggup mungkir janji dan memberi pelbagai alasan seperti mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan, padahal sebenarnya mereka enggan mengotakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan akan membuatkan wanita menjauhi anda.
……. Written by lizayasir



Apa yang membuatkan kaum Adam berusaha mendekati kaum Hawa?

Wajah yang rupawan dan senyuman yang manis adalah tarikkan yang ulung bagi setiap wanita. Walau bagaimana pun keperibadian yang luhur yang menarik seorang lelaki ingin menjadikan seorang wanita itu sebagai teman setianya.


Kaum Hawa yang bersopan santun amat disukai kaum Adam. Wanita sedemikian bukan sahaja pandai menjaga maruah diri tetapi juga pasti seorang yang tahu menghargai pasangannya dan mereka disekelilingnya.


Memang tidak dapat dinafikan penampilan diri juga sangat penting bagi seorang lelaki. Namun, kaum Adam tidak suka perempuan yang ‘over' iaitu berpakaian terlalu seksi dan dandanan yang berlebihan. Kaum Hawa yang menampilkan kecantikkan dan gaya yang sederhana sehingga menyerlah keanggunan diri adalah idaman setiap jejaka.


Sifat seorang perempuan yang pandai membawa diri, berdikari, berwawasan dan penyayang adalah di antara ciri-ciri gadis yang diminati si teruna. Lelaki juga gemar pada wanita yang pandai memasak, mengemas rumah dan pandai berjimat cermat. Akan tetapi wanita yang kuat merajuk, cemburu buta, hipokrit, sombong lagi bongkak, suka berbohong, asyik mengungkit, panas baran dan selekeh pasti wanita yang terakhir ingin disunting seorang lelaki.


Renungilah Hadis- Hadis berikut:

"Dikahwini perempuan itu kerana empat macam, kerana hartanya, kerana baik kelakuannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya, maka ambillah perempuan yang taat kepada agama nanti engkau akan beruntung."
- (Dari Abu Hurairah r.a.: Riwayat Bukhari dan Muslim)



"Janganlah kamu nikahi perempuan itu kerana kecantikkannya, sebab barangkali kecantikkannya dapat merosakkannya, dan jangan pula kerana hartanya, sebab barangkali hartanya dapat menjadikan durhaka, dan nikahilah perempuan itu kerana agamanya, dan sesungguhnya hamba sahaya yang hitam, dan rosak telinganya, tetapi yang beragama lebih baik."
- (Dari Abdullah Ibnu Amar r.a.: Riwayat Ibnu Majah dan Al Bazzar)

first day kawan bawa p kuala ganu, p pantai batu burok, disana tkenal ngan layang2 ja sbb angin kuat, slain 2 ble main bola tampar pantai dgn tunggang kuda, di kawasan yg kami p xble mandi sbb ombak tlalu kuat, ngeri juga lah sy tgk...kami lepak pun lbh kurang 100 meter dr pantai, tp ada juga tmpt yg ble mandi, di area kuala ibai, x jauh dr tmpt yg kami p....
then kawan bawa g lokasi penggambaran puteri gunung ledang, iaitu di Muzium Negeri, bg sy x da apa2 yg menarik, coz yg paling bnyk ditunjukkan cuma sultan, replika batu bersurat...tp apapun happy gak lah jalan2 disana, bli souvenir sikit utk family di sabah.
lepas g Muzium Negeri, kitaorang g taman tamadun slam pula, tgk lah penampilan sy mcmana, simple jak, mcm org kampung..hihihi, taman tamadun islam ni dekat ja ngan muzium negeri, di sini sy dapat tgk keindahan seni bina islam, selain itu, ada juga sy tgk replika masjid2 terkenal dunia, subhanallah, mmg cantik, x setanding dengan senibina moden.
hari berikutnya kawan ajak p Bikon Bukit Puteri, kami masuk free ja sbb ada org dalam...tp tgk keadaan sana mcm xda orang jak, kawan cakap Bikon bukit puteri 2 mau ditutup sbb tanah yg x stabil, apa x nya dh lah atas bukit, then bukit 2 pula sekangkang kera jak, bnyk g meriam n benda yg berat tersimpan disana.
kami g pasar malam d kuala ibai, mmg gempak lah, dari hujung ke hujung menjual bnyak barang..mmg rambang mata lah tp nasib baik bawak duit sikit jak....sblm balik rumah kawan, kami singgah di masjid terapung kuala ibai, area ni bersambung ngan pantai batu burok, tp area ni selamat lau mau mandi sbb kawasan yg terlindung dari ombak besar...
 
percutian yang paling best sebab sepanjang seminggu cuti, sy cuma guna RM300 ja termasuk membeli belah n tambang p sana....kalau orang lain maybe abis dekat RM1000 utk 3hari..hehehe
pada 19hb 3 2011, abg sy buat majlis persandingan di rumah (Kg Kinasaraban), hurm..cedeynya xdpt balik sbb majlis di rumah meriah..napa lh x tggu sy cuti semester lu..aiya....
pelamin diorang ni simple jak tp nice......xlah nampak semak btl....tp bg rasa lah jg pengantin ppuan 2 dgn adat d kg...tkr baju pun banyak kali..hehehe lau di sipitang skali jak..
this is my beloved parents, hehe tudung mama sy tue sy bli di kuala terengganu, main agak jak, nasib baik matching dgn baju...sy mau bli tudung yg main sarung jak, tapi x jumpa warna kuning yg sesuai....ada pun nnt nampak janggal dipakai dengan baju kurung kuning 2...
aiya...mcm2 lah c cousin ni...mcm mandur dgn kuli jak...hehehe kalo dpt gaji nda pa juga....
ni makanan favourite.."linopot" dalamnya nasi daripada padi huma yg ditanak n dilenyek sblm dibungkus dengan daun...sedap sampai menjilat kuku kaki....hehehe
Fauzan Bin Roslee......anak buah yg cute, cutie n cutties....hehehe windu nk jumpa ngan dia, coz sjk baby g kami yg jaga....n dia lg rapat dgn sy bbanding mama dia sndr...anak manja tp bijak, wlupun ada 2 org adik sdh..hhehehehe
Jika kamu memancing ikan,
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu..
Janganlah sesekali kamu
LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja,
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu
dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .....
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang,
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya,
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja,
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya,
dan janganlah menganggap ia begitu teguh,
cukuplah sekadar keperluanmu.
Apabila sekali ia retak,
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.
Akhirnya ia dibuang.
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya,
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa,
Anggaplah dia manusia biasa,
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN,
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA,
boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelezatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA,
apabila dia menjadi milik orang lain,
Kamu juga yang akan MENYESAL....

(Dr. Fazilah Kamsah)


Pabila ku rasa kesepian
Terasa diri keseorangan
Seringku terkenang kampung halaman
Jauh terpisah di seberang lautan
Segala kenangan terpahat kukuh

Walaupun jauh dari pandangan
Namun tetap dekat di hatiku
Takkan dilupa saat bersama

Duhai ayah ..duhai ibuku
Dari jauh ku mohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu ku ingat selalu
Terpahat di kalbu....
perbarisan SUKUUM paling best skali sbb dpt baju "FREE"...tp bkn 2 niat sbnr mau p pbarisan 2...sy join sbb sy sgt patriotik kpd DPP SME Bank..gambar ni pengetua ambik scr candid, tp cantik gak..hehehe sem lepas kami jg jd wakil perbarisan utk Sukan Siswi tapi lgsg xdpt apa2 anugerah wlupun kami wat yg terbaik...tp xtau napa sem ni kami dpt anugerah johan perbarisan sdgkan kami "lugai-lugai" jak jalan,,mcm xda semangat jak...hehehe
sy tgh ber aerobik dalam barisan...best sgt wlupun balik2 lagu n pergerakan yg sama ja, sy sempat gak rakam gelagat kawan2 time 2 mmg lucu lah..tgk balik rakaman 2 trs sy ketawa guling-guling...nasib x beguling sampai aras 1..hehehe
sblm g Pusat Sukan..singgah2 lu bgambar di ekspo anjuran DPP eon...wlupun ekspo kecil tp sambutan sgt menggalakkan,, nampak best pula pljr chinese, india n melayu berganding bahu utk menjayakan program ekspo 2..mmg gempak lah.
kami buat2 berlari atas trek..tp aksi sy jak menjadi...hehehe, mmg gila2 bah kami sepanjang program perbarisan tue...kadang-kadang pantang nampak kamera jak mesti ada muka kami...hihihi, tapi akhirnya keesokan harinya sy jatuh sakit, demam selsema, sedangkan sebelum ni sy sihat jak, walaupun x mandi lepas kna hujan..tp apa boleh buat, kita x boleh melawan takdir tuhan...
ini lah geng-geng kitaorang.....smua sabahan kecuali Meera(RUmet ZuL)..yg llki 2 pula HaZrUl budak PALAPES budak sabah juga..menyemak jak muka dia..hahaha
dari skolah menengah g sy join karate..skrg ble jadi senpai sudah tapi malangnya SMK Kundasang bubarkan Kelab Karate di sekolah....bukan sebab xda orang berminat..ramai bah yang minat tapi xda sensei atau senpai....sayangnya....hurm, kalaulah saya dapat halang pembubaran tue kan bagus..tapi apa boleh buat sy sudah menamatkan alam persekolahan di SMK Kundasang...sekarang bergelar mahasiswi UUM...tapi semua itu tidak menghalang niat saya untuk terus jadi Karatekan aliran Shotokan under UUM...saya sorang jak dari kolej bukit kachi(DPP SME Bank) aktif dalam karate do....walaupun DPP (kolej kediaman) sy pnah jadi Black area tp sy x takut, sebab ada juga kawan-kawan pg latihan silat malam-malam jadi ada lah kawan saya ne....
smua kawan-kawan yang baru masuk karate do terus join MASUM tapi saya rasa mungkin saya tidak berkemampuan sudah, lagipun saya tidak aktif dalam satu bidang ja, sy join Sekreteriat Pencegahan Rasuah(SPR), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung(GPMS), Ad-Hoc Anak Negeri(semua jenis anak negeri sy join bukan sabah jak), n banyak g sampai saya sendiri tidak ingat apa saya join.....hehehe kalau orang mesej sy tanya lg aktiviti under apa...hahaha
yang baju kaler itam tue sensei Zul..dia orang sabah tapi bertugas di IPD Kubang Pasu (kalau nda silap lah), best juga cakap dusun ma dia walaupun dia orang kadazan...hehehe anak dia bukan alang-alang owh, belt brown udah...2pun lama sdh dia tidak training....tapi x mustahil lah anak sensei lah katakan......hopefully sebelum habis belajar saya dapat first browm udah..insyaAllah.
time semester pertama, cuti raya cuma seminggu ja, saya pun xtau mau balik pg mana, sudahlah duit xda untuk balik sabah, kawan-kawan semua balik kampung halaman masing-masing....roomate bawa gak balik kampung halaman dia tapi fikir-fikir dulu lah...lastly saya xjoin sebab xda duit dah weii....dia mau tolong beli tiket bas juga tapi sy xmau berhutang...biarlah sy cari yang lebih dekat jimat duit...hehehe besa lah hidup sebagai perantau ne ada rumah dimana-mana jak....then nasib baik time form 6 sy kenal seseorang dari perlis,, time tue diorang wat delegasi mahasiswa di skolah SMK Kundasang sebagai syarat untuk pelajar tahun akhir Universiti Malaysia Sabah, dia ambik course psikologi time 2 n jd Fasilitator sy....back to the story, dia pun ajak sy balik rumah dia n sy tdo d rumah tok wan dia....dia banyak bantu sy time 2..tp dia xbgtau tunang dia..family dia pun sporting gila....

ni lah dia Rohaizad Bin Ramli @ Ijat@Jat....tunang dia merangkap bini dia skrg org Kota Marudu, Sabah....sejak diorang kawin, jat x pnah jenguk sy lg....hehehehe tp xpa juga, biarkan mereka berbahagia.. yang penting xda gadoh-gadoh lg.....yang penting dia sdh bwa sy round 1 negeri perlis..best naik motor....tp pengalaman paling sy xdapat lupa, dia ajar sy bawak motor...hampir2 sy langgar lori rosak tersadai di tepi jalan...jat cedera kecil di kaki..nasib sy x panik time tue.....then time dia hantar sy balik hostel, betis sy terkena ekzos motor sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu...sampai sekarang masih ada parut lagi...tapi biar parut tue jadi bukti yang sy ni kuat berjalan-jalan....hahaha
first time join koir dengan even yang terbesar...biasanya di menyanyi di skolah ja, gambar ni diambil time festival filem ke-8 di Universiti Utara Malaysia, paling best time kami nyanyi lagu era 80-an, tepukan gemuruh kedengaran bukan sahaja dari pelajar UUM, tapi daripada artis undangan dan juga pelajar IPTA/S yang mengambil bahagian dalam festival filem ni...
 paling best lagu yang kami nyanyi adalah lagu yang bertajuk 'Buka Pintu' dan tarian pembukaan yang kami bawa mendapat perhatian dan tepukan yang paling gemuruh....hehehe bukan mau minta puji tapi kenyataan....tema pakaian kami warna ijau n merah..ala-ala bunga ros gitu.....ahakz...