Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar mampu memiliki tempoh hubungan yang panjang adalah dgn adanya tolak ansur. Anda dan dia selalu mampu saling membantu,tak kiralah perkara kecil atau besar. Paling penting adalah anda berdua selalu mampu menikmati segala aspek kehidupan secara bersama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan walaupun tanpa harus melibatkan orang lain.
ok,apakah anda sudah merasakan hal tersebut? Jika ya, ini bererti ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup anda!
Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan serasi dia itu sbg jodoh anda atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan anda. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak geriknya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbual serta tawanya menunjukkan ikhlas apa adanya? Apakah setiap ucapannya secara spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, (maaf). Kemungkinan besar dia bukan jodoh anda.
Petanda 3
Adanya refleksi batin membuat hati anda berdua mampu selalu saling merasa. Dan bila Anda atau si dia mampu saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaan satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Mungkin sebenarnya dialah belahan jiwa anda yang tersimpan…
Petanda 4
Bersamanya mampu membuat perasaan anda menjadi tenang, nyaman tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tak membuat anda merasa bosan.. Ini mampu sebagai petanda bahawa anda berdua kelak mampusaling terikat.
Petanda 5
Dia selalu ada untuk anda dalam situasi apapun. Dan dia selalu mampu memahami cuaca dalam hati anda dikala dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang surut saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala anda mendapat musibah? Dia selalu faham saat tekanan perasaan anda datang menyerang? Dia cepat-cepat datang dan mencari ubat tatkala mengetahui anda sedang sakit? Jika ya, tak salah lagi. dialah orangnya…
Peranda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga anda, dia tak peduli dengan masa lalu anda saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya.. ok, kalau begitu ini bererti dia sudah sedia menerima anda apa adanya..
Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan anda tak malu-malu memperlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat anda tampil ‘buruk’ di depannya sekalipun,misalnya saat anda bangun tidur atau saat anda sakit dan tak mandi selama dua hari.
Petanda 8
Bila anda nenceritakan rahsia anda rasa lebih selamat menceritakan kepadaya daripada menceritakan kepada sahabat-sahabat anda. Atau anda merasa sudah tak mampu lagi berahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah anda temukan!
Apakah kelapan-lapan petanda di atas telah anda temukan daripadanya?
tahun ni paling banyak kejadian yang telah sy lalui, sepanjang tahun banyak pengalaman pahit dan manis yang telah saya lalui, namun Alhamdulillah sy dapat lalui semua dengan tenang, awal tahun sy terpaksa melalui pkara yang menyakitkan, jodoh tidak kesampaian, puas menangis merintih kenapa harus saya yang menjadi mangsa, namun setiap manusia harus berprasangka baik pada Dia, Alhamdulillah saya telah dikurniakan seseorang yang dapat mendekatkan diri kepada Maha Pencipta, selain itu, saya telah terpilih mewakili Malaysia dalam the 11th SKIF Word Championship bertempat di Sydney, Australia. rupanyan Allah sangat menyayangi saya, Dia tahu apa yang saya perlukan, namun trauma dengan "ex" masih menghantui diri sebab dulu mental saya sering didera dengan pelbagai ugutan, ancaman, hinaan, cercaan, makian dsb, nasib baik pengganti yang sekarang mampu memahami diri sy, walaupun dah masuk 8bulan kami berkawan, namun perasaan sangat kekok masih terasa apabila kami berdekatan namun perasaan rindu menyelubungi disaat berjauhan, ini maknanya kami saling memerlukan :-) apapun saya sentiasa berdoa agar saya dengan pengganti baru dapat memulakan hidup sebagai pasangan suami isteri suatu hari nanti, InsyaAllah
kali ni sy mau story sikit pasa sambutan birthday dalam dojo, hehehe makan FREE adalah pkara paling suka sy dengar, hehehe.. mula-mula c danish yang birthday, kek buah-buahan disediakan... seeedap












xlama lepas 2 pula sambutan bday shidah n ella aka budak kecik pula,, wah3... makin comel pula sy ni makan makanan yang tinggi kandungan gula ne, tapi kali ne disajikan kek coklat pula,, ermmm yummy...









erm bila lah bah giliran sy diraihkan ea??? yang ada baling2 tepung, calit2 krim.... apapun sangat happy juga dapat praktikal dalam ni sebab masih berpeluang berhuha-huha dengan kawan2 geng karas... hehehe


bosan betul hidup dlm opis yang sangat memboringkan, kali ini sy mau menceritkan kisah sadis perjalanan pi Batang Kali, sehari sebelum pi perak untuk menyertai kejohanan " Ipoh City International Karate Championship 2012", kami hanya sewa van yang dipandu sendiri.. tiba2 sampai pekan, van kna kasi berenti, ingatkan sudah sampai sebab van berenti betul2 depan bustop, kami pun turun dengan selamba ja sebab nda tau apa berlaku sebenarnya, rupanya tayar meletup di tengah jalan...



Wajah-wajah kesian tunggu mekanik datang ganti tayar..hehehe

nasib baik van rosak betul2 berdpan dengan workshop, then si kawan pun pigi lah panggil mekanik mau ganti tayar yang sudah pecah..





masa mekanik mau ganti tayar, semua ambik kesempatan mau gambar tayar pecah.. haha bukannya risau pasal keselamatan sendiri..tapi alhamdulillah jugak lah smua nda apa-apa...
akhirnya siap sudah tayar kna ganti, tapi bikin takut juga sebab tayar ganti tu sudah diguna sebelum ini, jadi kalau ada apa2 yang berlaku, xda spare tyre sudah..nasib juga bertahan sampai UUM jugak..hehehe akhirnya sampai jugak kami ke destinasi....





oleh sebab sya malas sudah mau post pasal cinta2, bagus lagi sya post pasal pengalaman p masa koshiki karate tournament yang bertempat di Ipoh, Perak, tournament ni pertama kali sy join, sebab rule yang x jelas, dan corak perlawanan yang ganas... masa sya belawan, jari sy ter'twist' then injured.. tengoklah gambar dibawah ni...



kesan lebam gambar atas tu makin hilang sehari selepas injured, sebelum tu maam pelangi sudah warna jari sya..gambar dibawah ni pula semasa proses untuk sembuh


boleh tengok sendiri ndak boleh lurus kan? bukan dibuat-buat pun. real bah tuu...hehehe, gambar bawah adalah selepas jari sy sembuh

sebulan lebih juga bah ambik masa mau sembuh, sekarang genap dua bulan sudah jari sy injured, tetap ndak boleh lurus juga.. hurm macamana lah kalau sy tunang/nikah nnt, mas kna sarung cincin, mesti hodoh... aisy, tapi nda apa.. injured2 pun sy tetap dapat pingat jugak.. tahniah kepada diri saya..yiiihaaa..hihihi



Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.

Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu."

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk , hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk . Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri".

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adap2 dalam Islam antaranya : -

1. Berwuduk
Sebaik – baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam . Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .

3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkara – perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar , berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah – surah tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat .

Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al – Ikhlas , Al – Falaq dan

Al – Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua – dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai . Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut – turut .

5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al – Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .

6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : "Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan" Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot – otot badan .


Ku tuju ini buatmu..
Kerana sayang yang mendalam, aku kuatkan diri menahan nafsu cinta, aku pertahankan hubungan kita dengan keterbatasan dan kesederhanaan, aku lindungi perasaan kita ini dengan sifat malu, aku hormati izzah dan kehormatan dirimu dengan mempersiapkan diri untuk menjadi yang terbaik buatmu.

Ku tahu ini berat buat kita, tidak seperti pasangan kekasih lain dengan bermanja, gurau senda, dan luahkan sayang dengan sentuhan. Aku tidak mahu hubungan kita dimurkai dan hilang seri bahagia kerana semua itu. Aku juga takut kelak walaupun bersama, anak-anak kita jadi mangsa tidak diberkati kerana dosa kita masa bercinta dan menjalin hubungan mesra sebelum dahului akad pada syariatnya..

Allah...
Aku lemah tanpa kekuatan darimu, fitrahku dan dirinya ingin berkasih sayang, tunjukkanlah kami jalan.. Bukakanlah pintu hati ibu bapa untuk menerima anaknya ini ingin menikah, bukakanlah pintu rezeki untuk dipermudahkan segala urusan duniawi, dan bukakanlah pintu ilmu yang bermanfaat agar dengannya dapat kami meneguhkan cinta kami, memperhebatkan ibadah, dan terus menjunjung cinta tertinggi hanya padaMU Illahi. Rahmati segala tekad dan nekad kami Ya Allah :'(

Jika dirimu baca di sini, aku ingin katakan yang sayangku tak pernah berubah tetapi bertambah.. Aku ingin mesra bermanja seperti dalam gambar ini.. TETAPI pada hari bahagia kita. Aku yakin dirimu juga ingin begitu.
kadangkala kita susah untuk luahkan pada orang lain kerana mereka tidak pernah mengerti atau faham perasaan diri, serta mereka juga tidak pernah tahu apa yang sedang dialami, aku hanyalah seorang insan yang lemah yang sangat perlukan seseorang untuk menyokong serta menjadi tulang belakang yang memberikan semangat dikala jatuh tersungkur, tiada siapa yang mampu memahami mengapa aku memerlukan seorang pengganti setelah aku melalui satu detik yang paling menyakitkan dalam hidup.. mereka hanya tahu berkata "Jangan Dahulu".. kenapa perlu menyeksa diri aku sendiri untuk mengenang kembali peristiwa pahit dahulu, mengapa membiarkan perasaan aku tersiksa dikala ramai jantan yang memaksa aku untuk menjadi kekasih mereka? aku hanyalah insan yang lemah, kadangkala sakit menanggung sendirian, bila aku ingin meluahkan, tiada siapa yang ingin mendengar, bila aku inginkan teman, mereka2 menentang keputusanku. hanya Allah sahaja tempat ku luahkan namun aku tetap merasa sendiri, aku hanya perlukan seorang teman yang sentiasa berada disisi, yang mampu menjadi imam dalam solatku, kerana aku hanyalah seorang insan yang lemah.

salam,
buat semua kawan-kawan yang ingin membina masjid, hati-hati dalam memilih pasangan hidup sebab perkahwinan ini bukan mudah seperti yang disangka sebab kita tinggal dengan pasangan bukan sehari dua tetapi buat seumur hidup, InsyaAllah. saya nak share pengalaman saya yang jadi pengajaran buat diri saya dan harap boleh menjadi pengajaran buat semua. untuk memilih pasangan, kita lihat pasangan kita layak atau tidak untuk dijadikan suami, antara ciri-ciri pasangan yang tidak layak dijadikan pasangan ialah:

1) lelaki yang sudah mempunyai kekasih namun masih mahukan diri kamu, lelaki jenis begini tidak layak langsung untuk dijadikan suami, cuba bayangkan bila sudah kahwin, lelaki tersebut tidak mustahil boleh menduakan korang.
2) lelaki yang cemburu buta sampaikan nak jumpa sepupu sendiri pun dia dah boleh tuduh macam-macam.
3) lelaki yang kuat mengongkong sehinggakan aktiviti yang wajib dilakukan pun tetap dilarang.
4) lelaki yang selalu nak minta clash, sehingga tahap bertunang pun dia tetap bawa clash, sedangkan pertunangan tersebut bukan sesuatu perkara yang boleh dibuat main2.
5) lelaki yang menganggap semua perkara adalah remeh.
6) lelaki yang tidak menghormati keluarga perempuan.
7) lelaki yang memaksa perempuan untuk menjadi seseorang seperti yang dia inginkan.
8) lelaki yang tidak menghormati waktu sibuk seseorang perempuan dan sentiasa ingin berkepit 24jam.
9) lelaki yang panas baran dan mudah naik tangan apabila marah
10) lelaki yang sentiasa mencari kesalahan perempuan serta mengambil kesempatan keatas diri seseorang perempuan untuk kepentingan dirinya.

ciri-ciri tersebut pengalaman yang pernah saya alami sebelum ini, dan membuatkan saya cukup matang dalam memilih seorang pendamping hidup, Alhamdulillah setiap yang berlaku ada hikmahnya. semoga apa yang saya kongsikan buat semua dapat memberikan satu pengajaran buat kamu semua :-)
Ya Allah..jika cintaku kau ciptakan untuk dia...


Tabahkan hatinya,
Teguhkan imannya,
Sucikan cintanya,
Lembutkan rindunya


Ya Allah..jika cintaku kau ciptakan untuk dia...


Penuhi hatinya dengan kasih-Mu
Terangi langkahnya dengan Nur-Mu
Bisikkan kedamaian dalam kegelapan
Temani dia dalam sunyi sebuah penantian.


Ya Allah..jika cintaku kau ciptakan untuk dia...


Sampaikan salam rinduku pada rindunya,
Bimbinglah cintaku dan cintanya
Satukanlah hidupku dan hidupnya dalam cinta-Mu
Kami ingin Syurga-Mu dengan kasih sayang
kerana aku sungguh mencintai dirinya kerana-Mu ya Allah..

Julai 2009
A109 2009/2010
semester pertama sy bergelar sebagai pelajar, mula2 datang memang risau lah coz jalan sorang2 jak dr BKI-KUL-AOR, dah lah smua member2 berkampung di UMS, tapi sy tetap kuatkan semangat ja, untuk berdikari, sampai AOR terpaksa cari teksi lagi, sy masih ingat gi pakcik teksi xtau nama DPP SME Bank, coz nama 2 baru diubah, sblm ni nama kolej kediaman tu Kolej Bukit Kachi 2.  sampai2 kolej jak jam 7ptg nasib blm gelap g..then sendiri2 juga cari bilik coz akak fec xtunjuk bilik,, no bilik sy G404, masuk2 je roommate tgh gayut,ahakz..... x sempat rehat g trs lalui orientasi yang sangat memenatkan,, sepanjang orientasi paling mencabar bg sy adalah penggunaan bahasa, coz sy xfaham apa diorg cakap, diorg pun xfaham apa sy ckp tapi mmg best lah...hehehe


 gambar ni ambik dengan roomate masa last day orientasi,,, mmg kenangan yang terindah lah time 2... lagu tema paling diingati, lagu Aizat-Kau dan Aku..

Jun 2012
pejam celik, pejam celik rupanya tiga tahun sudah sy study di UUM, macam baru kemarin rasanya datang pi UUM, macam baru ja kemarin abis orientasi, hurm apapun walau banyak dugaan dan cabaran sepanjang bergelar pelajar, itulah sebenarnya yang membuatkan sy lebih kuat dalam mengharungi liku-liku kehidupan, banyak kenangan pahit dan manis yang sy tempuhi, hurm..nasib baik sy ni jenis keras kepala sikit, kalau x, confirm sia2 jak sy duk sini pasal someone xbg sy aktif dalam aktiviti universiti...walaupun dah break masa mau last2 sem udah tp sy xmenyesal jugak sbb smua xtvt yang sy minat sy dapat join..hahaha,,gpun student lain kna apung coz xaktif, sy pula dipindahkan kolej kediaman coz terlalu aktif, semester 5 kna pindah g DPP Tradewinds coz sy aktif koir, disana dekat sikit dengan pusat biudaya so dapat gak p latihan koir... masa sem 6 pula sy dipindahkan p DPP MISC coz sy aktif ngan Karate-do...tapi sy tetap dengan DPP SME Bank yang terhenta....hurm, UUM banyak bg kenangan yang paling terindah walau terdapat beberapa progrm yang sy xdpat join...:-)


ni adalah pic sy masa last semester, apapun sy sgt berterima kasih dgn family sy yg bg sy peluang lanjutkan pelajaran sampai ke menara gading.....sy harap suatu hari nanti sy dapat gembirakan hati kamu :-)
Kadang-kadang kita tidak menghargai cinta
Kenapa????
Sebab kita belum merasai kehilangan dia

kadang-kadang kita rasai cinta dia, tapi masih tak percaya
Kenapa???
sebab kita selalu fikir negatif tentang dia

kadang-kadang kita tak sedar hati kita betul-betul menyayangi dia
Kenapa???
sebab kita nak tunjuk ego tak nak mengalah..

P/S: hargailah orang yang sayangkan kita sebab kita akan mencarinya 
bila dia sudah tiada disisi lagi, sesal pun sudah tiada guna... ♥
16/3/2012
first time p luar negara (thailand jak pown), pengalaman yang sangat best ever, ikut trip perjalanan sehari, dengan pakej RM79 jak termasuk passport group.
tempat ptama yang kami p di Ranu Kohyo, tempat jual kacang2...walaupun susah mau cari makanan yang halal, tapi ada kedai2 tertentu yang jual produk halal, gpun sana majoriti enganut agama budhha.. KFC sana pun nda halal, mungkin dari segi penyembelihan ayam tu membuatkan makanan tersebut tidak halal.
tempat kedua pula di nora plaza....kad diskaun dibagi 20% utk semua pengunjung...hehehe memang rambang mata time 2, tap baju jak lah dibeli..huhuhu



abiskan duit jak bli gambar 2,, gambar+frame jak berharga 100bath,, huhu tp xpa, kenangan baitooo...hehehe
tempat kedua pula, kami p Ice dorm dengan member2, ari 2 kami x dapat masuk p ice dorm sbb kekurangan bajet, so kami p monument raja chulalongkorn jak lah...walaupun nda dapat rasa kesejukan dalam ice dorm, tapi kundasang pun sejuk hapa, nek gunung kinabalu pun boleh tingu salji lau ada time....hehehe
pas p ice dorm,, time untuk makan siang..hehehehe, nasib baik kakak 2 tempah utk kami, tapi mahal owh, 1 kepala 160bath huhuhu, sy cuma tunaikan duit 500bath jak,,


then pas makan kami trs p Thang Kuan Hill, mau p tgk bandar songkla dari atas bukit...best bah disana..hehehe, naik lif jak 30 bath...huhuhu,,







lepas dari bukit 2, kami trs p floating market, sblm p night merket....huhuhu, paling susah mau berkomunikasi ma diorg yg nda tau bhs malaysia atau bahasa inggeris huhuhuhu



hahahahahahah best kan hidup single, boleh p mana2 jak,,, hurm mungkin inilah hikmahnya apa yg berlaku keatas sy huhuhu