kadangkala kita susah untuk luahkan pada orang lain kerana mereka tidak pernah mengerti atau faham perasaan diri, serta mereka juga tidak pernah tahu apa yang sedang dialami, aku hanyalah seorang insan yang lemah yang sangat perlukan seseorang untuk menyokong serta menjadi tulang belakang yang memberikan semangat dikala jatuh tersungkur, tiada siapa yang mampu memahami mengapa aku memerlukan seorang pengganti setelah aku melalui satu detik yang paling menyakitkan dalam hidup.. mereka hanya tahu berkata "Jangan Dahulu".. kenapa perlu menyeksa diri aku sendiri untuk mengenang kembali peristiwa pahit dahulu, mengapa membiarkan perasaan aku tersiksa dikala ramai jantan yang memaksa aku untuk menjadi kekasih mereka? aku hanyalah insan yang lemah, kadangkala sakit menanggung sendirian, bila aku ingin meluahkan, tiada siapa yang ingin mendengar, bila aku inginkan teman, mereka2 menentang keputusanku. hanya Allah sahaja tempat ku luahkan namun aku tetap merasa sendiri, aku hanya perlukan seorang teman yang sentiasa berada disisi, yang mampu menjadi imam dalam solatku, kerana aku hanyalah seorang insan yang lemah.

0 comments: