salam,
buat semua kawan-kawan yang ingin membina masjid, hati-hati dalam memilih pasangan hidup sebab perkahwinan ini bukan mudah seperti yang disangka sebab kita tinggal dengan pasangan bukan sehari dua tetapi buat seumur hidup, InsyaAllah. saya nak share pengalaman saya yang jadi pengajaran buat diri saya dan harap boleh menjadi pengajaran buat semua. untuk memilih pasangan, kita lihat pasangan kita layak atau tidak untuk dijadikan suami, antara ciri-ciri pasangan yang tidak layak dijadikan pasangan ialah:

1) lelaki yang sudah mempunyai kekasih namun masih mahukan diri kamu, lelaki jenis begini tidak layak langsung untuk dijadikan suami, cuba bayangkan bila sudah kahwin, lelaki tersebut tidak mustahil boleh menduakan korang.
2) lelaki yang cemburu buta sampaikan nak jumpa sepupu sendiri pun dia dah boleh tuduh macam-macam.
3) lelaki yang kuat mengongkong sehinggakan aktiviti yang wajib dilakukan pun tetap dilarang.
4) lelaki yang selalu nak minta clash, sehingga tahap bertunang pun dia tetap bawa clash, sedangkan pertunangan tersebut bukan sesuatu perkara yang boleh dibuat main2.
5) lelaki yang menganggap semua perkara adalah remeh.
6) lelaki yang tidak menghormati keluarga perempuan.
7) lelaki yang memaksa perempuan untuk menjadi seseorang seperti yang dia inginkan.
8) lelaki yang tidak menghormati waktu sibuk seseorang perempuan dan sentiasa ingin berkepit 24jam.
9) lelaki yang panas baran dan mudah naik tangan apabila marah
10) lelaki yang sentiasa mencari kesalahan perempuan serta mengambil kesempatan keatas diri seseorang perempuan untuk kepentingan dirinya.

ciri-ciri tersebut pengalaman yang pernah saya alami sebelum ini, dan membuatkan saya cukup matang dalam memilih seorang pendamping hidup, Alhamdulillah setiap yang berlaku ada hikmahnya. semoga apa yang saya kongsikan buat semua dapat memberikan satu pengajaran buat kamu semua :-)

0 comments: