16/3/2012
first time p luar negara (thailand jak pown), pengalaman yang sangat best ever, ikut trip perjalanan sehari, dengan pakej RM79 jak termasuk passport group.
tempat ptama yang kami p di Ranu Kohyo, tempat jual kacang2...walaupun susah mau cari makanan yang halal, tapi ada kedai2 tertentu yang jual produk halal, gpun sana majoriti enganut agama budhha.. KFC sana pun nda halal, mungkin dari segi penyembelihan ayam tu membuatkan makanan tersebut tidak halal.
tempat kedua pula di nora plaza....kad diskaun dibagi 20% utk semua pengunjung...hehehe memang rambang mata time 2, tap baju jak lah dibeli..huhuhu



abiskan duit jak bli gambar 2,, gambar+frame jak berharga 100bath,, huhu tp xpa, kenangan baitooo...hehehe
tempat kedua pula, kami p Ice dorm dengan member2, ari 2 kami x dapat masuk p ice dorm sbb kekurangan bajet, so kami p monument raja chulalongkorn jak lah...walaupun nda dapat rasa kesejukan dalam ice dorm, tapi kundasang pun sejuk hapa, nek gunung kinabalu pun boleh tingu salji lau ada time....hehehe
pas p ice dorm,, time untuk makan siang..hehehehe, nasib baik kakak 2 tempah utk kami, tapi mahal owh, 1 kepala 160bath huhuhu, sy cuma tunaikan duit 500bath jak,,


then pas makan kami trs p Thang Kuan Hill, mau p tgk bandar songkla dari atas bukit...best bah disana..hehehe, naik lif jak 30 bath...huhuhu,,







lepas dari bukit 2, kami trs p floating market, sblm p night merket....huhuhu, paling susah mau berkomunikasi ma diorg yg nda tau bhs malaysia atau bahasa inggeris huhuhuhu



hahahahahahah best kan hidup single, boleh p mana2 jak,,, hurm mungkin inilah hikmahnya apa yg berlaku keatas sy huhuhu

Info pertunangan

* Menyambung hubungan kasih antara lelaki dan perempuan.

* Tempoh untuk mengenali hati budi antara lelaki dan perempuan yang telah
bersetuju untuk hidup bersama.

* Tempoh mengenali keluarga kedua-dua pihak.

* Tidak bermakna pasangan bebas ke sana sini.

* Jika berlaku ia mestilah ada batasnya.

* Ibu bapa diminta mengawal tingkah laku anak-anak yang telah bertunang.

* Jangan bertunang lama-lama.

* Jangan membebankan pihak lelaki dengan hantaran tinggi dan sebagainya.


Tindakan selepas berlaku putus tunang

* Seelok-eloknya biarlah diselesaikan dengan baik. Jika meminang dilakukan
mengikut adat, begitu jugalah sepatutnya setelah berlaku putus tunang.

* Berpegang kepada perjanjian semasa pertunangan dahulu.

* Terima putusa tunang dengan rasional.

* Jika masih ada jalan untuk kembali bersatu, usahalah.

* Berfikir secara positif.

* Tidak semestinya pertunangan membawa ke gerbang perkahwinan. Kena
terima hakikat bahawa jodoh, pertemuan dan maut pada tangan Tuhan.

* Jangan putuskan persahabatan apabila jodoh tidak sampai. Sebaliknya te
ruskan persahabatan dan persaudaraan yang telah terjalin.

Kalau kita sayangkan seseorang, kita mesti sanggup melepaskannya pergi. Mungkin dia bukan jodoh kita, seandainya dia jodoh kita dia tetap akan datang kepada kita semula. Orang yang baik untuk manusia yang baik.
Lagi satu sayangkan seseorang jangan beri 100% kepadanya tinggalkan sedikit untuk diri sendiri, kalau tak amat sakit untuk melepaskannya pergi. Tinggalkan sedikit bukan bermakna tinggalkan ruang untuk diisi satu lagi tapi lebih kepada diri sendiri.
Putus tunang dan kasih lumrah manusia tapi jangan putus harap pada Yang Esa paling utama. Janji DIA tetap ada.
kalaulah aku boleh memilih...
aku memilih untuk tidak mengenalimu agar aku bisa meninggalkanmu
aku memilih untuk tidak menyayangimu agar aku bisa melupakanmu
aku memilih untuk tidak mencintaimu agar aku bisa melenyapkan bayangmu

kalaulah aku boleh memilih...
aku ingin pergi jauh dari hidupmu
aku ingin lari dari cengkaman bayangmu
aku ingin belayar ke samudera ketenangan

namun....
takdir yang datang tidak bisa diubah
masa yang berlalu tidak boleh diputar kembali
airmata yang berguguran tidak bisa kembali
hati yang remuk tidak boleh bercantum kembali

hanya yang dapat..
pasrah dengan ketentuan illahi
berusaha untuk menjadi yang terbaik hanya kerana Allah S.W.T
berdoa agar suatu hari nanti Allah titipkan seseorang buat pengganti
walau tidak sama dengan dirinya...
kadangkala diri terasa sangat bodoh, kenapa perlu hadir dalam hidupku andai kau hanya menggunakanku sebagai tempat persinggahanmu? kenapa kau berikan aku harapan andai akhirnya ku meninggalkan ku? hatiku remuk tiap kali melihat pesanan dari kekasih mu... aku insan biasa yang inginkan kebahagiaan, aku cuma ingin kebebasan, aku tidak ingin mencintai seseorang yang hanya ingin mengambil kesempatan, kenapa perlu mencariku sedangkan kau berkasih dengan orang lain?? aku tidak mengerti, kenapa kau tidak pernah menyedari hakikat sebenar kehidupan, perbuatan jahat pasti dibalas dengan balasan yang setimpal.  aku terasa bodoh bila kau menyatakan sayang kepadaku, wahai orang yang berkenaan, aku menghubungimu bukan bermaksud sayang, tidak juga bermaksud cinta, aku hanya ingin meredakan hatiku yang luka agar tidak tercemar dengan hasad dengki dan dendam kesumat, tidak bermakna aku mempunyai perasaan terhadapmu.. andai suatu hari nanti kau tersedar, ingatlah bahawa kau tidak boleh lari dari hukum karma, aku juga tidak akan berpaling kepadamu lagi, aku tidak mengharapkan simpatimu, namun aku juga tidak mengharapkan kasihmu, bukan paras rupa yang kuinginkan tapi, bukan harta benda yang ku impikan, aku hanya ingin kebebasan dari belenggu cinta nafsumu agar aku mamu bertahan hidup tanpa cinta palsu mu.
Ya Allah, bila dia BUKAN UNTUKKU..bila dia BUKAN JODOHKU maka berilah GANTI yang lebih baik buatnya dan bantulah aku untuk MEMPERBAIKI diriku..ya Allah, bila ini BUKAN MASANYA, bila ini BELUM SAATNYA..jarakkan kami, pisahkan kami agar kami jauh dari DOSA dan PERKARA SIA-SIA..agar kami tidak mengundang murkaMU..agar kami dapat lebih MENJAGA HATI..ya Allah, bantulah aku menjalani hari, bantulah aku menerima KETENTUAN dengan KETABAHAN agar terhapus semua KESEDIHAN dan KEKECEWAAN..Walau apa pun terjadi..BERJALANLAH tanpa henti,tetaplah YAKIN..bahawa Allah LEBIH TAHU akan segalanya..ALLAH MENDENGAR segala yang berlagu dan bergema dalam RUANG hatimu
sangat indah bila seseorang hadir mengetuk pintu hati, membawa bersama sinar harapan dan cahaya kebahagiaan, insan yang diharapkan membawa menuju ke syurga illahi, insan yang mampu membimbing ke jalan yang benar dan berjanji untuk membina mahligai yang indah..
kebahagiaan itu bertambah apabila pasangan membawa rombongan untuk menyunting diri sebagai suri dalam hidup, kegembiraan tidak terhingga terasa dalam diri kerana insan yang kita sayangi tidak mempersiakan hati dan perasaan seorang wanita dan sedia untuk melayari bahtera pernikahan
dalam setiap hubungan pasti memerlukan pengorbanan, airmata yang mengalir adalah penguat diri da penguat semangat untuk menempuhi dugaan bercinta, pengorbanan masa terpaksa dilakukan demi mempetahankan ikatan suci, pengorbanan hati dan perasaan juga terpaksa dilakukan demi kebahagiaan pasangan, terlalu hebat dugaan yang berlaku
langit tidak selalu cerah, malam tidak slalu indah, takdir juga tidak pernah berubah,kau pergi dalam hidup bersama duka yang mendalam, benarlah apa yang sering diperkatakan, Memang sakit..ketika kita berharap sseorang menemani hidup kita tetapi takdir berkata lain..hanya meninggalkan rasa sakit dan pedih..akan tetapi percayalah, hal itu sesuatu yang terbaik dari Allah..kerana sudah jelas, segala kehidupan, pilihan..di tentukan oleh yang maha kuasa..Jangan pernah menangis, akibat orang yang kita harapkan tidak selamanya bersama kita..namun menangislah saat kita lupa pada yang Maha Kuasa, segala kesusahah akan hilang pada waktunya dan akan menimbulkan keindahan kelak, percayalah pada KebesaranNya..bahawa Allah Maha Tahu, mana yang terbaik untuk hamba-hambaNya..bahagia bukan berada dihujung jalan, tetapi di sepanjang jalan
Akan tiba saatnya, di mana kita harus berhenti mencintai seseorang..bukan kerana kita putus asa untuk mencintainya tetapi kerana kita menyedari bahawa ada insan lain yang lebih mencintainya dan kita merasakan bahawa insan yang kita cintai itu akan lebih bahagia apabila kita melepaskannya.. aku sedar bahawa Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali untuk dijaga-Nya, dilindungi
kini aku hidup sendiri, meniti iku-liku kehidupan yang masih panjang, aku sedar Kau mengujiku, pasti dengan sesuatu yang ku mampu, kerana Kau Maha Tahu apa yang terbaik untukku. Kau memberi atau mengambil kembali, agar terhapus dariku rasa memiliki, dan kembali menyedari bahawa pada-Mu akan ku kembali. Kau mendatangkan gembira atau memberikan duka, agar hatiku tidak kotor dek rasa bangga, dan tunduk merendah pada-Mu dalam semua perkara. Kau mendugaku dengan ujian, agar diriku lebih teguh beriman, dan lebih kerap menadah tangan, memohon pada-Mu wahai Tuhan. Kau sahaja yang Maha Bijaksana, mengatur hidupku dengan sempurna, meski diriku kerap terlupa, namun kasih-Mu tak pernah sirna...
Ya Allah,Andai masanya belum tiba,Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,Agar Kau tunjukkan aku tuntutan yang perlu aku lakukan,Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,Agar aku dapat menjaga diri.. jagakanlah hati saya, ya Rabb..tunjukkan mana jalan yang harus saya pilih..tunjukkan mana rasa yang harus saya simpan dan beri, untuk siapa, dan bila semuanya harus terungkap..agar nanti, bila sudah tepat pada waktunya..tidak ada salah dan sesal yang tertinggal di hati ini..Berikan sabar dan kekuatan, anugerahkan sayang dan cinta pada setiap hati yang menunggu..kerana saya percaya, tidak ada yang lebih indah dari rencanaMu..saya tahu, saya yakin..saya pasti, semua akan baik dan tepat pada waktunya