sangat indah bila seseorang hadir mengetuk pintu hati, membawa bersama sinar harapan dan cahaya kebahagiaan, insan yang diharapkan membawa menuju ke syurga illahi, insan yang mampu membimbing ke jalan yang benar dan berjanji untuk membina mahligai yang indah..
kebahagiaan itu bertambah apabila pasangan membawa rombongan untuk menyunting diri sebagai suri dalam hidup, kegembiraan tidak terhingga terasa dalam diri kerana insan yang kita sayangi tidak mempersiakan hati dan perasaan seorang wanita dan sedia untuk melayari bahtera pernikahan
dalam setiap hubungan pasti memerlukan pengorbanan, airmata yang mengalir adalah penguat diri da penguat semangat untuk menempuhi dugaan bercinta, pengorbanan masa terpaksa dilakukan demi mempetahankan ikatan suci, pengorbanan hati dan perasaan juga terpaksa dilakukan demi kebahagiaan pasangan, terlalu hebat dugaan yang berlaku
langit tidak selalu cerah, malam tidak slalu indah, takdir juga tidak pernah berubah,kau pergi dalam hidup bersama duka yang mendalam, benarlah apa yang sering diperkatakan, Memang sakit..ketika kita berharap sseorang menemani hidup kita tetapi takdir berkata lain..hanya meninggalkan rasa sakit dan pedih..akan tetapi percayalah, hal itu sesuatu yang terbaik dari Allah..kerana sudah jelas, segala kehidupan, pilihan..di tentukan oleh yang maha kuasa..Jangan pernah menangis, akibat orang yang kita harapkan tidak selamanya bersama kita..namun menangislah saat kita lupa pada yang Maha Kuasa, segala kesusahah akan hilang pada waktunya dan akan menimbulkan keindahan kelak, percayalah pada KebesaranNya..bahawa Allah Maha Tahu, mana yang terbaik untuk hamba-hambaNya..bahagia bukan berada dihujung jalan, tetapi di sepanjang jalan
Akan tiba saatnya, di mana kita harus berhenti mencintai seseorang..bukan kerana kita putus asa untuk mencintainya tetapi kerana kita menyedari bahawa ada insan lain yang lebih mencintainya dan kita merasakan bahawa insan yang kita cintai itu akan lebih bahagia apabila kita melepaskannya.. aku sedar bahawa Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali untuk dijaga-Nya, dilindungi
kini aku hidup sendiri, meniti iku-liku kehidupan yang masih panjang, aku sedar Kau mengujiku, pasti dengan sesuatu yang ku mampu, kerana Kau Maha Tahu apa yang terbaik untukku. Kau memberi atau mengambil kembali, agar terhapus dariku rasa memiliki, dan kembali menyedari bahawa pada-Mu akan ku kembali. Kau mendatangkan gembira atau memberikan duka, agar hatiku tidak kotor dek rasa bangga, dan tunduk merendah pada-Mu dalam semua perkara. Kau mendugaku dengan ujian, agar diriku lebih teguh beriman, dan lebih kerap menadah tangan, memohon pada-Mu wahai Tuhan. Kau sahaja yang Maha Bijaksana, mengatur hidupku dengan sempurna, meski diriku kerap terlupa, namun kasih-Mu tak pernah sirna...
Ya Allah,Andai masanya belum tiba,Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,Agar Kau tunjukkan aku tuntutan yang perlu aku lakukan,Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,Agar aku dapat menjaga diri.. jagakanlah hati saya, ya Rabb..tunjukkan mana jalan yang harus saya pilih..tunjukkan mana rasa yang harus saya simpan dan beri, untuk siapa, dan bila semuanya harus terungkap..agar nanti, bila sudah tepat pada waktunya..tidak ada salah dan sesal yang tertinggal di hati ini..Berikan sabar dan kekuatan, anugerahkan sayang dan cinta pada setiap hati yang menunggu..kerana saya percaya, tidak ada yang lebih indah dari rencanaMu..saya tahu, saya yakin..saya pasti, semua akan baik dan tepat pada waktunya

0 comments: