kadangkala diri terasa sangat bodoh, kenapa perlu hadir dalam hidupku andai kau hanya menggunakanku sebagai tempat persinggahanmu? kenapa kau berikan aku harapan andai akhirnya ku meninggalkan ku? hatiku remuk tiap kali melihat pesanan dari kekasih mu... aku insan biasa yang inginkan kebahagiaan, aku cuma ingin kebebasan, aku tidak ingin mencintai seseorang yang hanya ingin mengambil kesempatan, kenapa perlu mencariku sedangkan kau berkasih dengan orang lain?? aku tidak mengerti, kenapa kau tidak pernah menyedari hakikat sebenar kehidupan, perbuatan jahat pasti dibalas dengan balasan yang setimpal.  aku terasa bodoh bila kau menyatakan sayang kepadaku, wahai orang yang berkenaan, aku menghubungimu bukan bermaksud sayang, tidak juga bermaksud cinta, aku hanya ingin meredakan hatiku yang luka agar tidak tercemar dengan hasad dengki dan dendam kesumat, tidak bermakna aku mempunyai perasaan terhadapmu.. andai suatu hari nanti kau tersedar, ingatlah bahawa kau tidak boleh lari dari hukum karma, aku juga tidak akan berpaling kepadamu lagi, aku tidak mengharapkan simpatimu, namun aku juga tidak mengharapkan kasihmu, bukan paras rupa yang kuinginkan tapi, bukan harta benda yang ku impikan, aku hanya ingin kebebasan dari belenggu cinta nafsumu agar aku mamu bertahan hidup tanpa cinta palsu mu.

0 comments: