bosan betul hidup dlm opis yang sangat memboringkan, kali ini sy mau menceritkan kisah sadis perjalanan pi Batang Kali, sehari sebelum pi perak untuk menyertai kejohanan " Ipoh City International Karate Championship 2012", kami hanya sewa van yang dipandu sendiri.. tiba2 sampai pekan, van kna kasi berenti, ingatkan sudah sampai sebab van berenti betul2 depan bustop, kami pun turun dengan selamba ja sebab nda tau apa berlaku sebenarnya, rupanya tayar meletup di tengah jalan...



Wajah-wajah kesian tunggu mekanik datang ganti tayar..hehehe

nasib baik van rosak betul2 berdpan dengan workshop, then si kawan pun pigi lah panggil mekanik mau ganti tayar yang sudah pecah..





masa mekanik mau ganti tayar, semua ambik kesempatan mau gambar tayar pecah.. haha bukannya risau pasal keselamatan sendiri..tapi alhamdulillah jugak lah smua nda apa-apa...
akhirnya siap sudah tayar kna ganti, tapi bikin takut juga sebab tayar ganti tu sudah diguna sebelum ini, jadi kalau ada apa2 yang berlaku, xda spare tyre sudah..nasib juga bertahan sampai UUM jugak..hehehe akhirnya sampai jugak kami ke destinasi....





oleh sebab sya malas sudah mau post pasal cinta2, bagus lagi sya post pasal pengalaman p masa koshiki karate tournament yang bertempat di Ipoh, Perak, tournament ni pertama kali sy join, sebab rule yang x jelas, dan corak perlawanan yang ganas... masa sya belawan, jari sy ter'twist' then injured.. tengoklah gambar dibawah ni...



kesan lebam gambar atas tu makin hilang sehari selepas injured, sebelum tu maam pelangi sudah warna jari sya..gambar dibawah ni pula semasa proses untuk sembuh


boleh tengok sendiri ndak boleh lurus kan? bukan dibuat-buat pun. real bah tuu...hehehe, gambar bawah adalah selepas jari sy sembuh

sebulan lebih juga bah ambik masa mau sembuh, sekarang genap dua bulan sudah jari sy injured, tetap ndak boleh lurus juga.. hurm macamana lah kalau sy tunang/nikah nnt, mas kna sarung cincin, mesti hodoh... aisy, tapi nda apa.. injured2 pun sy tetap dapat pingat jugak.. tahniah kepada diri saya..yiiihaaa..hihihi



Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.

Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu."

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk , hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk . Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri".

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adap2 dalam Islam antaranya : -

1. Berwuduk
Sebaik – baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam . Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .

3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkara – perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar , berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah – surah tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat .

Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al – Ikhlas , Al – Falaq dan

Al – Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua – dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai . Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut – turut .

5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al – Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .

6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : "Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan" Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot – otot badan .


Ku tuju ini buatmu..
Kerana sayang yang mendalam, aku kuatkan diri menahan nafsu cinta, aku pertahankan hubungan kita dengan keterbatasan dan kesederhanaan, aku lindungi perasaan kita ini dengan sifat malu, aku hormati izzah dan kehormatan dirimu dengan mempersiapkan diri untuk menjadi yang terbaik buatmu.

Ku tahu ini berat buat kita, tidak seperti pasangan kekasih lain dengan bermanja, gurau senda, dan luahkan sayang dengan sentuhan. Aku tidak mahu hubungan kita dimurkai dan hilang seri bahagia kerana semua itu. Aku juga takut kelak walaupun bersama, anak-anak kita jadi mangsa tidak diberkati kerana dosa kita masa bercinta dan menjalin hubungan mesra sebelum dahului akad pada syariatnya..

Allah...
Aku lemah tanpa kekuatan darimu, fitrahku dan dirinya ingin berkasih sayang, tunjukkanlah kami jalan.. Bukakanlah pintu hati ibu bapa untuk menerima anaknya ini ingin menikah, bukakanlah pintu rezeki untuk dipermudahkan segala urusan duniawi, dan bukakanlah pintu ilmu yang bermanfaat agar dengannya dapat kami meneguhkan cinta kami, memperhebatkan ibadah, dan terus menjunjung cinta tertinggi hanya padaMU Illahi. Rahmati segala tekad dan nekad kami Ya Allah :'(

Jika dirimu baca di sini, aku ingin katakan yang sayangku tak pernah berubah tetapi bertambah.. Aku ingin mesra bermanja seperti dalam gambar ini.. TETAPI pada hari bahagia kita. Aku yakin dirimu juga ingin begitu.
kadangkala kita susah untuk luahkan pada orang lain kerana mereka tidak pernah mengerti atau faham perasaan diri, serta mereka juga tidak pernah tahu apa yang sedang dialami, aku hanyalah seorang insan yang lemah yang sangat perlukan seseorang untuk menyokong serta menjadi tulang belakang yang memberikan semangat dikala jatuh tersungkur, tiada siapa yang mampu memahami mengapa aku memerlukan seorang pengganti setelah aku melalui satu detik yang paling menyakitkan dalam hidup.. mereka hanya tahu berkata "Jangan Dahulu".. kenapa perlu menyeksa diri aku sendiri untuk mengenang kembali peristiwa pahit dahulu, mengapa membiarkan perasaan aku tersiksa dikala ramai jantan yang memaksa aku untuk menjadi kekasih mereka? aku hanyalah insan yang lemah, kadangkala sakit menanggung sendirian, bila aku ingin meluahkan, tiada siapa yang ingin mendengar, bila aku inginkan teman, mereka2 menentang keputusanku. hanya Allah sahaja tempat ku luahkan namun aku tetap merasa sendiri, aku hanya perlukan seorang teman yang sentiasa berada disisi, yang mampu menjadi imam dalam solatku, kerana aku hanyalah seorang insan yang lemah.

salam,
buat semua kawan-kawan yang ingin membina masjid, hati-hati dalam memilih pasangan hidup sebab perkahwinan ini bukan mudah seperti yang disangka sebab kita tinggal dengan pasangan bukan sehari dua tetapi buat seumur hidup, InsyaAllah. saya nak share pengalaman saya yang jadi pengajaran buat diri saya dan harap boleh menjadi pengajaran buat semua. untuk memilih pasangan, kita lihat pasangan kita layak atau tidak untuk dijadikan suami, antara ciri-ciri pasangan yang tidak layak dijadikan pasangan ialah:

1) lelaki yang sudah mempunyai kekasih namun masih mahukan diri kamu, lelaki jenis begini tidak layak langsung untuk dijadikan suami, cuba bayangkan bila sudah kahwin, lelaki tersebut tidak mustahil boleh menduakan korang.
2) lelaki yang cemburu buta sampaikan nak jumpa sepupu sendiri pun dia dah boleh tuduh macam-macam.
3) lelaki yang kuat mengongkong sehinggakan aktiviti yang wajib dilakukan pun tetap dilarang.
4) lelaki yang selalu nak minta clash, sehingga tahap bertunang pun dia tetap bawa clash, sedangkan pertunangan tersebut bukan sesuatu perkara yang boleh dibuat main2.
5) lelaki yang menganggap semua perkara adalah remeh.
6) lelaki yang tidak menghormati keluarga perempuan.
7) lelaki yang memaksa perempuan untuk menjadi seseorang seperti yang dia inginkan.
8) lelaki yang tidak menghormati waktu sibuk seseorang perempuan dan sentiasa ingin berkepit 24jam.
9) lelaki yang panas baran dan mudah naik tangan apabila marah
10) lelaki yang sentiasa mencari kesalahan perempuan serta mengambil kesempatan keatas diri seseorang perempuan untuk kepentingan dirinya.

ciri-ciri tersebut pengalaman yang pernah saya alami sebelum ini, dan membuatkan saya cukup matang dalam memilih seorang pendamping hidup, Alhamdulillah setiap yang berlaku ada hikmahnya. semoga apa yang saya kongsikan buat semua dapat memberikan satu pengajaran buat kamu semua :-)