Mencintai seseorang tidak semestinya kita memiliki dirinya. Sayangilah diri kita daripada disakiti olehnya kerana ia tak semestinya dapat membahagiakan kita.

Cintailah diri sendiri terlebih dahulu. Kerana orang yang tidak menyayangi dirinya amat sukar untuk membahagiakan orang lain. Jangan permainkan perasaan orang dengan sesuatu yang mengecewakan jika tidak suka perasaan kita pula di permainkan orang lain.

Kejarlah cita-cita. Apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir. Janganlah menangis jika gagal bercinta kerana lambat-laun manusia pasti akan meninggalkan segala apa yang dicintai. Kasih sayang adalah cahaya yang menyirami kehidupan. Hidup menjadi suram jika orang yang kita sayangi tidak turut sama menikmatinya. Cinta itu adalah api, namun kita tidak akan pernah tahu sama ada api itu akan menghangatkan atau menghanguskan kita.

Kasih sayang bukan mengajar kita lemah, tetapi memberikan kekuatan; bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan; bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

Jangan kerana menurutkan perasaan, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerananya prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan.

0 comments: